Thursday, February 16, 2012

IKAN KELI KOLAM KANVAS

Ramai yang tanya, apa beza kolam kanvas, kolam simen dan kolam tanah. Perbezaan tetap ada, ikan keli untuk kolam kanvas bergantung kepada saiz media.
Tetapi kali ini saya akan terus sentuh tentang saiz kolam kanvas dan berapa kuantiti ikan keli yang diternak. Apa yang penting adalah saiz media (kolam) dan saiz ikan keli yang diternak.
Untuk media asuhan, iaitu kolam yang akan digunakan untuk mengasuh benih bersaiz 1 hingga 2 inci, kolam yang bersaiz 7 kaki X 11 kaki X 1/2 kaki air, kuantiti tebaran boleh sehingga 2000 ekor. Cara terbaik untuk mengurangkan kadar kematian ikan, pada peringkat asuhan ialah dengan mengurangkan kepadatan anak ikan. Namun pada peringkat pembesaran, ikan keli boleh dipadatkan tetapi bukan untuk tempoh yang panjang, cukup sekadar pembesaran sehingga 200g per ekor kemudian jual terus.
Manakala untuk media calon induk, saiz yang saya maksudkan di atas cukup sekadar 100 hingga 200 ekor sahaja. Kalau tidak, induk akan rasa tidak selesa  dan kualiti telur akan terjejas.
Air kolam kanvas yang digunakan untuk pembesaran ikan cukup paras 1 kaki sahaja.   Ikan keli tidak memerlukan air yang dalam.
Technorati Tags: ,

IKAN KELI KOLAM KANVASSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...